Isnin, 22 Februari 2010

بسم الله الرحمن الرحيم


Al-Ikhlas


MUQADDIMAH


Surah Al-Ikhlas adalah surah Makiyah, dan ia mengandungi 4ayat. Surah ini menegaskan tentang keEsaan Allah s.w.t dan tiada suatupun yang setanding denganNya.


TAFSIR

1) Allah berfirman kepada nabi Muhammad s.a.w bahawa katakanlah kepada sesiapa yang bertanya kepadamu mengenai tuhan kamu, maka Dialah Allah tuhan yang maha Esa.

2) Tidak sepatutnya di abdikan diri melainkan hanya kepada Allah, Dialah tuhan tempat manusia bergantung dan meminta segala hajat dan keperluan yang berterusan (sampai bila-bila).

3) Dia tidak akan pupus, yakni Dia tidak melahirkan apa-apa malah Dialah yang mematikan setiap suatu yang akan punah dengan pastinya. Dia juga bukanlah menjadi ada dengan kejadian (atau kelahiran), yakni bukanlah Dia dari suatu yg tiada kepada ada, tetapi Dia dari awalnya memang Wujud dan akan kekal selama-lamanya.

4) Dan tidak ada satu pun yang serupa denganNya atau yang sepertiNya, yakni Dialah Allah yang Maha Esa dan tidak ada apa pun yang sama denganNya.

Allah menurunkan Surah barakah yang mempunyai 4ayat ini sebagai jawapan daripada soalan yang ditanya oleh kaum musyrikin kepada nabi Muhammad s.a.w mengenai tuhanmu, maka katakanlah kepada mereka bahawa Allah itu adalah tuhan yang tidak layak selainnya untuk dituhankan melainakan Dia, tuhan yang Satu dan Esa pada sifatnya, zatnya dan perbuatannya dan tidak ada yang sama dengannya didalam sifat, zat dan perbuatan. Dialah pencipta segala-galanya, dan memiliki seluruh semuanya, dan tidak ada makhluk yang berupaya mencipta sesuatu yg setanding ciptaanNya.


KELEBIHAN

Antara kelebihan bagi sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas ini adalah membaca 1 surah ini bersamaan dengan 1/3 al-Quran. Yakni pahala membaca 1 surah Al-ikhlas bersamaan dgn pahala membaca 1/3 alquran. Sebagaimana didalam hadith baginda s.a.w yang mafhumnya:

[Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya: “Apakah seseorang di antara kamu semua akan merasa lemah (tidak kuat) untuk membaca sepertiga al-Quran dalam satu malam?”

Tentu saja hal itu dirasakan berat oleh sahabat dan mereka berkata: “Siapakah di antara kita semua yang kuat melakukan itu, ya Rasulullah?”

Kemudian baginda s.a.w. menjawab: “قل هو الله احد. الله الصمد adalah sepertiga al-Quran”]





Wallahu a’lam bissawab.

1 ulasan:

  1. Salam Sebagai tambahan ringkas Surah al Ikhlas ini diambil dari kata Khalasa iaitu habis. Jadi Ikhlas membawa makna penghabisan secara istilahnya ialah menghabiskan tuhan lain selain Allah. Ini soal pokok surah ini setengah ulama menerangkan mafhum hadith bahawa surah ini menyamai 1/3 al Quran kerana kandungannya merupakan rumusan perkara Tauhid yang merupakan antara 3 inti penting al Quran.

    BalasPadam